Pages

BuKaN SaTu TaPi DuA..uwAAA LaPArnYa....:)

Assalamulaikum wbt...


Bentuk Bulat
 





Bentuk segi empat



Waa KEK!..mmmm laparnya nak mam2 kek..hari ini berjaya jugak cheq buat kek coklat basah...punya la mengidam nak makan kek coklat basah...habis diet cheq..tak pa janji perut dapat makan (perut tong)....ok jom kita terjah resipi dia...



 Bahan - bahan:

1) tepung gandum (280gm)
2) serbuk koko (40gm)
3) serbuk penaik (2 sudu teh)
4) soda bikarbonat (1 susu teh)
5) nescafe(larutkan dengan 1 sudu teh air panas) (2 sudu teh)
6) margerin (280 gm)
7) gula halus (200 gm)
8) telur (5 biji)
9) esen vanila (1 sudu teh)
10) coklat masakan dicairkan (250gm)
11) air sejuk (1/4 cawan)





Cara-caranya:


1. Pukul majerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap   
    kali telur dimasukkan.
2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan dan kacau.
3. Satukan tepung,serbuk coklat,serbuk penaik, soda bikarbonat sekali dan ayakkan
4.Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
5. Selang-selikan dengan air sejuk
.6. Masukkan ke dalam acuan kek. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 C selama 40 minit - 50 minit. Angkat ketuhar dan sejukkan.  
 
 
 
*UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream(boleh ganti dengan susu 100 ml susu cair ) dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata....dan seterusnya boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda... saya hiaskan kek dengan  hirisan badam.....setelah siap hias... saya letak kek dalam peti sejuk dahulu.... barulah  saya mam2.....dap dap nyaaaaaaaa....




ok..selamat mencuba kawan - kawan...:)............papaiiiiii..





Kalimah 'Laa ilaha illallah'

Assalamulaikum wbt..





Dari Hudzaifah ra., Rasulullah saw. bersabda," Islam akan luntur (pada suatu masa), sebagaimana pudarnya corak pada pakaian,sehingga seseorang tidak mengetahui apa itu puasa,apa itu sedekah dan haji. Akan datang suatu malam, di mana Al- Quran akan di cabut dari dada -dada manusia,sehingga tidak tinggal satu ayat pun di bumi ini. Dan tinggallah segelintir manusia yang terdiri dari laki- laki dan wanita - wanita tua yang bertebaran. Mereka berkata, "Kami telah mendengar kalimat "Laa ilaha illallah' dari nenek moyang kami, sehingga kami mengucapkannya.

Shilah (seorang murid Hudzaifah ra.) bertanya,"Jika mereka tidak mengetahui puasa,sedekah dan haji,lalu bagaimana kalimat ini memberi faedah kepada mereka?"..

Hudzaifah ra.tidak menjawabnya sedikit pun,Shilah mengulangi pertanyaannya sampai tiga kali namun Hudzaifah selalu berpaling. Setelah ketiga kalinya,(dengan terpaksa) Hudzaifah ra. berkata,"Wahai Shilah! Kalimat inilah akan menyelamatkan mereka dari api nereka."(Hakim).


Sumber:
Muntakhob Ahadits
Dalil-dalil Pilihan atas Enam Sifat Utama.

JanGan BerSedih,AnggaPlah Celaan Orang SebaGai AnGiN LaLu


 Assalamulaikum wbt...





Such a beautiful book !!..buku ini sangat dekat dengan hati ku di kala  di tenggelami mental dan emosi yang sangat kuat.. buku itu bertajuk La Tahzan karangan Dr.'Aidh bin'Abdullah Al-Qarni.Hadiah dari seorang sahabat..sangat menarik untuk di jadikan inpirasi/teman di kala kesedihan supaya kita lebih jauh berfikiran positif..terima kasih sahabat.. salah satu page yang aku suka karangannya..karangannya sangat simple tapi isinya sangat mendalam maksud..dan akan aku kongsikan bersama sahabat- sahabat ku di sini supaya kehidupan ini lebih cerah daripada mendung...lebih putih daripada gelap..selamat membaca...





JanGan BerSedih,AnggaPlah Celaan Orang SebaGai AnGiN LaLu

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ali-Imran,ayat 111:

Mereka sekali- kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu,selain dari gangguan- gangguan celaan saja.....


....dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan(An-Nahl:127)


....dan janganlah kamu hiraukan gangguan -gangguan mereka dan bertawakkallah kepada Allah.(Al-Ahzab:48)

.....maka Allah membersihkannya dari tuduhan - tuduhan yang mereka katakan.(Al-Ahzab:69)


Seorang penyair mengatakan:

Tidak akan meluap ombak laut
sampai membahayakan
hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil.

Didalam sebuah hadith hasan ada menyebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda:

Janganlah kalian menyampaikan kepadaku tentang aib sahabat,kerana sungguh aku suka untuk keluar menemui kalian dalam keadaan hati yang bersih.


La Tahzan,Dr.'Aidh bin'Abdullah Al-Qarni.


La Tahzan sahabat....jadi!! senyum lah wahai sahabat....senyum kan sedekah..