Pages

"FRUST cinTA"


Assalamulaikum wbt......

Entry ini ditulis  bukan nak cerita tentang siapa yang "frust cinta"....just nak kongsi apa yang perlu buat kalau kawan- kawan mengalami "frust cinta".



 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."


Selalunya orang yang tengah "frust cinta" almost nya berfikiran negatif..seperti menangis sorang - sorang ditengah malam yang sunyi :((((, terkenang kan kenangan bersama SI DIA...dan pastinya timbul perasaan macam nie pulak......geram,marah,benci,tak tenang hati,tak tenteram...dan pasti terjadi macam ini.... mencari kelemahan diri.. akibatnya ..semua kerja mula tak produktif dan mundur...

So,saya nak kongsi tips untuk hilangkan...atau pun kurangkan perasaan "frust cinta" nie...

Biasanya  orang-orang yang frust cinta pasti mengalami perasaan tak tenteram dan malas nak buat apa- apa....penawar paling mujarab bg sesiapa yang tak tenteram ini adalah dengan Zikrullah..

Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Apa yang di maksudkan dengan Zikrullah...

Zikrullah bermaksud mengingati ALLAH.

Membaca Al-Quran adalah salah satu zikrullah kerana salah satu nama  bagi Al- Quran adalah Adz-Zikr...dengan membaca Al-Quran sudah pasti hati seseorang tu akan tenang..

Selain itu jugak kita boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. 
 
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah "lailahailallah"(tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan
"alhamdulillah"(segala pujian bagi Allah).”Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.


Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah"subhanallah wa bihamdihi" dan "subhanallah hil azim". Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ 

Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca "subhanallah wa bihamdihi" 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.
  
dan banyak lagi  amalan yang boleh kita buat bagi menghindar perasaan tak tenteram ini.

dan amalan paling mudah adalah zikir...so,perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.



P/S:"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.":)

Sekian.....




Keindahan Islam Akan Terserlah Jika Diamalkan Dalam Kehidupan

Assalamulaikum wbt



Hari saya buat entry tentang sunnah Nabi SAW..sama - sama kita fahaminya dan mengamalkannya...


Di sini saya nak kongsikan tentang SUNNAH Nabi..Hendaklah kita selalu menjaga Sunnah Nabi dalam amalan seharian kita..Di bawah adalah 7 amalan sunnah Nabi SAW:





Pertama:
 Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 


Kedua: 
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 


Keempat: 
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 


Kelima:
 Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 


Keenam:
 Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 


Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 






Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

HaRi PerTaMa Ke SeKoLaH

Assalamulaikum wbt...

Hari ini (4/1/2012)budak-budak dah start sekolah..cuti dah habis..horayyyy...boleh pi sekolah....macam aku pulak yang nak pi sekolah..hahahaha...ISTIMEWAnya hari ini adalah 2 orang my nephew baru masuk alam persekolahan..excited sungguh depa....lebih excited adalah kedua - dua orang abang aku dan kakak iparku....termasuk la mak su depa niee..hahaha....seronok sunguh  depa dua orang nie..excited sangat.. semua baru...baju baru, kasut baru,beg baru....(teringat zaman sekolah dulu....aduh rindunya...)...semuanya berjalan lancar ja..dua2 orang my nephew nie tak takut,malah excited n happy sahaja  time dekat sekolah...alhamdullillah...hopefully kedua-duanya belajar sungguh- sungguh,jadi anak soleh dan berjaya macam mak su dia jugak..hehehe..perasan sat.....mak su sayang kamu dear...my sweet heart...hahaha...


Dua beradik lain mak lain bapak...


Muhammad Khairul Muizz Bin Mohd Khairuddin(Abang iz)


Muhammad Khairul Hisham Bin Mohd Khirul Zamil(Adik Sam)

P/s: Kepada semua student/murid- murid sekolah kat luar sana...selamat menempuh alam persekolahan dan belajar sungguh -sungguh....



BesT fRen TiLl JanNaH..

Assalamulaikum wbt...

"Bukan senang  nak cari kawan baik..berkawan biar lah berpada-pada"..itu lah pesanan daripada bonda ku yang tercinta..takut aku terluka..... aku sememangnya berhati - hati mencari sahabat..Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Di sini saya kongsi kan ciri -ciri sahabat sejati yang menjadikan kalbu..:)..
Sahabat sejati tidak akan mengumpat kawan nya di belakang,sahabat sejati tidak akan penah rasa cemburu atas kejayaan sahabatnya,sebaliknya dia banyak membantu dan mendoakan sahabatnya..sahabat sejati adalah orang bersusah payah dan setia menghulurkan tangan pabila kita dalam kesusahan..sahabat sejati sentiasa menegur kelemahanku atas kebaikan....

"Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)"

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).


"indah sungguh jika dapat sahabat sejati..lagi indah jika dia menemani kita bersama ke syurga..."jadi bersahabatlah kerana Allah..

Kepada Sahabat Sejati ku..."Uhibbuk Fillah"...insyallah ..



Terima kasih sudi menjadi sahabat saya..sayang awak...




sYoKnYa MaSaK...

Assalamulaikum wbt

Hari nie bosan sangat,tak ada benda apa pun yang hendak di buat..jadi umie pun masak roti hotdog..saja- saja try..first time buat..nasib jadi..so, hari yang bosan jadi seronok..perut pun kenyang...anak sedara pun seronok bila mak su depa masak something untuk depa..ta daaa  nie dia roti hotdog aku ...selamat menjamu selera...



Nie dia roti hot dog aku yang dah siap ,,aih sory la rupanya tak cantik..first time cuba..:))